Monday, January 5, 2009

Rona & Roni... Kucingku~...


yang ade putih kat hidung tu nama 'Rona' dan yang takde tu 'Roni'


Ni lah gambar-gambar anak kucing ana yang telah ana bela....camne ana dapat kucing ni.. al-kisah nyer....2 minggu selepas ana kene rompak.... ibu kepada anak kucing ni (gelaran 'Jo' tapi betina) datang kat umah ana tak psl2... setiap hari melepak je kat dpn pintu umah ana.... dalam beberapa hari tu ana x layan sgt...kasi jela mknn skit2....selepas tu... dalam 2 minggu....atas sebab kesian.... ana pon ambik la 'Jo' sebagai haiwan peliharaan ana...... dalam beberapa minggu.... perut Jo "buncit"... mule2 tak sedar Jo bunting sbb Jo agak mude lagi untuk mengandung.... ingat die kuat makan sbb tu die "buncit"..... tetapi sesuatu yang aneh berlaku.. pada 14 nov 2008 (siap igt tarikh lagi tu) Jo beranak.... terkejut den.... bangun pagi tengok2 dah ade 2 ekor anak kucing tak psl2....due2 betina... comel gak... bulu kelabu... mate biru... kaki warne putih... kalo tgk dari jauh.. mcm pakai stokin... haha..




Mase ana dengan family ana pergi Tasik Kenyir.... ana tinggalkan kucing ana dekat umah sepupu ana.... mase dah balik tu.. sepupu ana cakap ibu die ('Jo')dah lari..... aduh...... terpakselah ana kasi anak kucing (rona dan roni) tu minum susu setiap hari... leceh jugak la..... haizzz.... nak dipendekkan cerita.. lepas ana pegi xplorace caliph 14... tgk2 due2 tu dah sakit.. bawak la pegi klinik... doktor ckp Rona ngan Roni kene penyakit cacing... lepas tu.... doktor pon kasi ubat.... pada hari jumaat due minggu lepas tu.... Roni mati..... haizzz.. sedih giler...... tinggal la Rona seekor shj.....

Nak dipendekkan cerite lg..... sebelum ana ngan family ana pegi Singapura..... ana tinggalkan Rona dekat pusat penjagaan kucing yang bernama 'Wonder Care'.... Tempat tu terletak kat JB... kire dekat la tu dgn Singapura.. lepas 3 hari kat sane... ana ngan family pon balik.... sebelum bergerak ke Gombak... kitorang pon ambik Rona... lps ambik Rona keluar dari tempat tu.... lg sekali.. tgk2 Rona dah sakit... mule cirit-birit.... lepas tu... dah sampai kat umah ana.... muntah pulak... esoknyer.... ana bangun....tgk2 Rona dah nazak.... aduh.....sedih giler... tak lame lps tu.... Rona pon mati... itulah ceritanyer....




Rona dan Roni
dalam kenangan.....

Monday, December 15, 2008

LamE taK Post !!!!!..

salam.. mule2 skali ana nak mintak maaf sbb lame x update blog ana yg tak seberape ni.... biaselah... cuti ni.. jari2 ni mule berat nak menulis.. lg satu.... sbok ngn xlopracenyer lg... ok... takpe2.. insyaallah.. tidak lame lg.. ana akan post psl ttg pengalaman menyertai xplorace caliph 14...... kpd sape2 yg berminat... nntikan...

Tuesday, November 25, 2008

SaHabat..~




Sahabat..

Aku mencintaimu kerna Rasulullah memerintahkan aku mencintaimu. Ya,tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri.


Sahabatku yang sangat aku cintai..

Sungguh,jalan yang kita lalui ini bukan jalan yang indah dan mudah. Jalan ini matlamatnya cantik dan mengkagumkan.Tapi, sungguh tidak dapat aku janjikan kepadamu jalan ini akan senang kau lalui. Bukankah sejarah membuktikannya, haq yang ingin dibawa tentu sekali akan ditentang.


Sahabat..

Bukankah dalam kita berdiskusi, seringkali kita ingatkan pejuang yang telah lama terkorban dulu? Sheikh Hassan Al Banna,ditembak di pasar. Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq! Syed Qutb,nyawanya tercabut menemui Rabb nya di tiang gantung? Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq. Sheikh Ahmad Yassin dibunuh dengan misil yahudi laknatullah di hadapan masjid di subuh yang hening. Kerna apa? Kerna dia juga membawa yang haq!


Amanah ini untuk kita,sahabatku.Amanah ini untuk orang seperti kalian. Bukanlah aku ingin menggoyahkan semangat wajamu dan bahkan tidak sesekali. Tetapi sahabat,yang pasti ingin aku ingatkan janji Allah terhadap orang yang menolong agamanya, Allah pasti akan membantu urusannya. Aku ingin ingatkanmu kasih sayangNya dan rahmatNya terhadap hamba yang diredhai Nya. Bukankah senang nanti bila Allah tanyakan kepada kita: Apa yang kau gunakan masa mudamu dan aku dan kau serentak menjawab :Ya Tuhanku, Ya Rabb, masa mudaku dan masa tuaku adalah aku letakkan pada jalanMu. Adalah untuk Kau. Hanya untuk hidup dalam redhaMu walau kami ditekan. Untuk hidup dalam cinta kami kepada Mu.

Sahabat...

Peluru, tali gantung, pedang yang tajam, bahkan tekanan yang kuat dari pengalaman kehidupan sememangnya boleh melemahkan sesiapa sahaja. Tapi bukan engkau. Engkau dibina dengan tarbiyah. Dihiasi keindahan akhlak. Dilahirkan sebagai pendukung agama ini. Biar siapa sahaja pun engkau, biar apa sahaja kata orang,kau terus menguatkan langkah menyusur jalan in. Aku yakin,kerna kau sahabatku.


Sahabatku yang dikasihi..

Tidak dapat aku janjikan kesenangan dan kemewahan mengikut jalan ini. Tidak dapat aku berikan nama dan pangkat. Tapi akan ku tawarkan yang lebih baik dari segala itu. Akan kuberikan doaku semoga kau teguh dalam jalan ini .Akan ku bersama kau melangkah membawa haq dalam jalan ini. Akan aku luka dan berdarah bersama kau. Kerna kita saudara yang saling mencintai kerna Nya.

sama2 kite renungkan..

Saturday, November 22, 2008

"HAriMau, BuaYa dan TikUs..."

Adalah seorang hamba Allah ni , dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan.Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi....aauuummmmm!!!!!.... bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi harimau yg lapar tu menunggunya.Si hamba ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri. sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir cam ner nak selamat tetiba dengar bunyi kocakkan air di bawah perigi. Aaaaa!!!!...Ya Allah.....lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. Lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut. Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi. naik ke atas ikut tali yg hamba allah tu bergayut. sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh....camner ni.

Pastu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Dia naik mengikut tali tadi, cit!cit!cit!cit! Sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu.

"Cis,lagi satu . Macam aku nak buat ni.... habislah jadi mangsa buaya."

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya.

"Macam mana nih..."

Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba ... terdengar satu bunyi....uuuuuuuuuuuuu...Bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si Hamba Allah ni tadi.

Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata,

"Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedapmadu ni."

Kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yang menantinya di bawah.


--------------------------------------------------------------------------------

Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu adalah kita semua.

Harimau yang mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah.

2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.

Tali yg tempat si hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.

Tikus putih dan hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yg sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali.

Madu yang jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah memang sentiasa ingat.

Jadi, kalo dah dapat nikmat dunia tu...sebutlah "Alhamdulillah" utk menunjukkan kite b'syukur kpd Allah... jgn pulak leka ngn nikmat tu...lepas tu lupa kepada Allah.. sama2 kite renungkan...

Thursday, November 13, 2008

Kenangan2 MSSD ping Pong~..



pskn mssd ping pong u-15 ngan u-18....



sume tgh cuak tgk ana main... hahaha... klh gak



ceeehh..gaye tak bleh blah...



coach kami iaitu akh syafiq... tgh beri smgt ngn nasehat



p'jumpaan diadakan sblom b'gerak ke sbpi rawang..

Monday, November 10, 2008

Mari berTeka-teki..~ ( Part 2)

Ni post t'baru ana... ni jela yg ana mampu buat mase sekarang sbb dah takde idea nak tulis ape.... cam biase..... sape yg taw jwpnnyer sila hantar jwpn anda di tmpt comment yg tlh disediakan.... semoga b'jaye....hahaha...

1) bila jumpe mayat manusia ngan haiwan,yg mane nak kene tutup dulu?

2) ape beza anak dara dulu ngan anak dara skrg...???

3) bagaimana hendak memberhentikan bas dengan menggunakan satu jari???...

4) ali berjalan-jalan di tepi pantai... lps tu, dia terjumpa duit rm100 dan seekor ikan talapia.....kenapa ali mengambil ikan?

5) ada 2 ekor cicak... sekor buat lawak... sekor lagi tepuk tangan.tapi tiba2 sekor hilang,...mana dia pergi??

Sunday, November 2, 2008

Life Still Has A Meaning....~

If there is a future there is time for mending-
Time to see your troubles coming to an ending.

Life is never hopeless however great your sorrow-
If you're looking forward to a new tomorrow.

If there is time for wishing then there is time for hoping-
When through doubt and darkness you are blindly groping.

Though the heart be heavy and hurt you may be feeling-
If there is time for praying there is time for healing.

So if through your window there is a new day breaking-
Thank God for the promise, though mind and soul be aching,

If with harvest over there is grain enough for gleaning-
There is a new tomorrow and life still has meaning.